Kisah Nabil Haris
Assalamu'alaikum wbt..
Nama diberi Muhammad Nabil Bin Haris , berasal dari Melaka tetapi menetap di Negeri Sembilan.
Lahir pada 14 Februari 1997 di Hospital Besar Melaka. Dibesarkan bersama 9 adik-beradik dan aku adalah anak ke-4.
Di dalam keluarga, saya adalah satu-satunya yang telah berjaya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hasil usaha menyambung pelajaran di UKM adalah kerana izin Allah SWT, doa ibu bapa, guru-guru serta sahabat-handai yang telah bersama-sama berjuang untuk berjaya dalam bidang akademik.
Saya telah menyambung pelajaran di UKM Fakulti Pengajian Islam (FPI) dalam program Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan (PKDK) selama 3 tahun dari 2017 sehingga 2020. Kini, saya sedang menghadapi semester akhir untuk saya terus belajar bersama dengan kawan serta sahabat-handai yang lain sebelum saya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dan Kepujian pada tahun 2020 In shaa Allah.
Semoga kenangan ini mampu menjadi iktibar serta pengalaman dalam hidup saya

Comments
Post a Comment