Skip to main content

Posts

Featured

Islam dalam Ilmu Silat

DEFINISI SILAT Menurut Wan Ahmad Fauzi (2008:41), silat dikatakan berasal daripada perkataan arab. Jika dieja  صلة   ia bermaksud hubungan antara manusia. Sebaliknya, jika dieja dengan  سلاح , ia bermakna senjata. Kedua-dua pengertian di atas boleh menggambarkan matlamat asas seni silat. Ringkasnya, seni silat boleh diguna sebagai senjata untuk membela diri atau alat untuk mengerakkan perpaduan dan silaturrahim antara umat manusia sama ada melalui disiplin atau semangat yang ditiupkan. Seni silat terhasil daripada ketajaman minda dan kepekaan bangsa Melayu terhadap alam sekeliling. Kelahirannya adalah atas kesedaran perlunya suatu teknik serta kemahiran untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Kesenian Islam terserlah dalam ilmu seni mempertahankan diri atau dikenali sebagai seni silat. Setiap bangsa mempunyai ilmu seni mempertahankan diri, iaitu kepada orang Melayu disebut silat, gayung, pencak atau kali. Lumrah kepada orang Melayu di Se...

Latest posts